Lima senarai tugas utama ;
1. Menyelenggara utiliti makmal
seperti menjaga kebersihan,keceriaan, keselamatan dan peralatan yang ada.
2. Membantu guru dalam kerja-kerja amali
seperti menyediakan radas/bahan , membuat ujikaji terlebih dahulu , menyimpan
radas/bahan yang telah digunakan apabila selesai kelas amali.
3. Menguruskan stok peralatan makmal
seperti merekod masuk radas/bahan atau bekalan pejabat daripada pembekal. Melaporkan
kerosakan dan membuat semakan untuk tempahan bagi barang yang telah
berkurangan.
4. Mengambil tindakan sewajarnya jika
berlaku kecemasan dan memastikan kotak pertolongan cemas diisi dengan
bahan-bahan rawatan bagi kecederaan biasa
5. Menjalankan tugas lain yang
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.